Pujian itu…

July 10th, 2007 by gray-luph-dolphin

Dalam kitab al-Hikam ibn ‘Athaillah
al-Iskandari, dinukilkan:

"Orang-orang memujimu karena apa yang
mereka sangka ada pada dirimu. Maka
celalah dirimu karena apa yang engkau
ketahui (iaitu keburukan, yang) ada pada
dirimu."

***

Bolehkah aku membohongi diri sendiri
ketika Allah menutupi kelemahanku
sehingga orang-orang memujiku? Ah, orang
yang berakal tak akan menipu dirinya.
Aku senang kalau aku bersikap neutral
pada diriku. Aku akan periksa aib-aibku
guna membersihkan diriku dari aib-aib
itu. Aku akan selalu mengoreksi setiap
kesalahanku, dan menyempurnakan setiap
kekuranganku.

Kalau orang-orang berkata, "Wah, dia
sempurna," aku tak akan tertipu dengan
perkataan mereka. Sanjungan mereka tak
akan membuatku silap tentang siapa
diriku sebenarnya. "Sebodoh-bodohnya
manusia adalah siapa yang menanggalkan
keyakinannya untuk menuruti sangkaan
orang-orang."

Aneh. Ada orang yang berbohong tentang
sesuatu kemudian membenarkannya setelah
dipercayai orang-orang. Persis seperti
kelakuan Asy’ab. Suatu hari, ia terus
diikuti oleh segerombolan anak kecil. Ia
berusaha menghindar dari mereka. Maka ia
pun membohongi mereka bahawa sedang ada
pesta pernikahan di suatu tempat yang
membagi-bagikan makanan. Ketika
anak-anak itu lari menuju tempat yang
ditunjukkan Asy’ab, ia sendiri juga ikut
lari bersama mereka! Ia membenarkan
kebohongan yang ia buat sendiri. Sungguh
aneh tidak?

Nah, kelakuan itu sama seperti orang
yang mendengar pujian bagi dirinya, lalu
dia membenarkannya. Padahal, dia tahu
dirinya tak memiliki sesuatu yang pantas
dipuji. Berbeda dengan orang-orang
saleh. Bila mereka dipuji, mereka segera
berdoa,

"Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang
tidak mereka ketahui. Jangan hukum aku
karena kata-kata mereka. Dan jadikanlah
(keikhlasan) aku mengatasi dugaan
(pujian) mereka."

Inilah doa orang yang sadar akan
dirinya, dan takut kepada Tuhannya.

***

"Keikhlasan adalah rahasia antara Allah
dan hamba-Nya.

Malaikat pencatat tidak mengetahui
sedikit pun
untuk dapat ditulisnya,

syaitan tidak mengetahuinya
hingga tak dapat merosaknya,

nafsu pun tidak menyedarinya
sehingga tak mampu mempengaruhinya."

Dipetik dari buku:
Sadar untuk Bersandar,
oleh Muhammad al-Ghazali

Dalam hati itu

July 10th, 2007 by gray-luph-dolphin

Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa
dalam hati itu terdapat kekalutan yang
tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan
mengadap kepada Allah

1. Dalam hati itu terdapat sifat liar
yang tidak mungkin dihilangkan kecuali
dengan berjinak-jinak dengan Allah

2. Dalam hati itu terdapat rasa dukacita
yang tidak mungkin dihapuskan kecuali
dengan merasa gembira dengan ma’rifat
terhadapNya dan juga benar dalam
bermuamalah dengannya

3. Dalam hati itu terdapat perasaan
keluh kesah yang tidak mungkin
ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan
menumpukan diri kepadanya

4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan
dan penyesalan yang tidak mungkin
dipadamkan kecuali dengan redha dengan
perintah, larangan dan qada’ Allah dan
menahan sabar menghadapi perkara
tersebut sehinggalah ke masa pertemuan
denganNya

5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan
yang tidak mungkin disekat kecuali
dengan perasaan kasih dan penyerahan
diri kepadaNya,berterusan berzikir dan
kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika
dikurniakan dunia dan segala
kandungannya kepada hati yang dihidapi
perasaan papa maka ia tidak dapat
menghilangkan perasaan tersebut.

Rumah yang baik

July 10th, 2007 by gray-luph-dolphin

1. Konsep pembinaan rumah bercirikan Islam

RUMAH atau projek perumahan yang
bercirikan Islam perlu diwujudkan
bertujuan untuk mendorong cara hidup
Islam yang menyeluruh dapat
dipraktikkan.

Ciri-ciri perhiasan luaran seperti,
kubah, ayat-ayat Al-Quran atau
motif-motif geometri Islam bukanlah
kriteria yang akan menjadikan
sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu
"Islamik" atau tidak. Tetapi
terdapat beberapa aspek yang perlu
diberi penelitian.

(i) Wujudkan sempadan yang nyata antara
ruang tamu dan ruang keluarga
supaya "privacy" penghuni dapat dijamin
dan aurat wanita dapat dijaga.
Sementara setiap bilik tidur dapat
dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu
melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak
dapat dilakukan maka pintu
masuk ke bilik tidur mestilah terlindung
dari pandangan umum dan ini
boleh dilaksanakan dengan mewujudkan
satu "lobby" (ruang legar) yang
sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.

(ii) Wujudkan dua jalan keluar masuk
iaitu, satu untuk umum dan satu
lagi khusus untuk penghuni rumah
terutamanya kaum wanita.

(iii) Perlunya ruang yang terlindung
untuk kaum wanita menjalankan
aktiviti-aktiviti luaran tanpa
menimbulkan sebarang ketidak selesaan
kepada mereka selain daripada menghindar
sebarang fitnah.

(iv) Orientasi rumah yang dibina
perlulah mengambil kira arah kiblat
supaya dapat memberi ruang yang maksima
untuk mendirikan solat berjamaah
agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik
air dapat dilakukan dengan
menghormati kiblat.

(v) Setiap rumah keluarga disarankan
mempunyai paling minima tiga bilik
tidur. Ini berdasarkan kepada hadis
Rasulullah yang menyuruh umatnya
mengasingkan tempat tidur anak lelaki
dan anak perempuan apabila mereka
mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu
diwujudkan setiap bilik bagi
ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.

(vi) Terdapat ruang yang terlindung
untuk kaum wanita, ruang kerja dan
interaksi untuk kaum wanita dan
kedudukan serta orientasi tandas dan
bilik air.

(vii) Cadangan bagi mewujudkan perumahan
bercirikan Islam turut menggesa
penguatkuasa tempatan yang
bertanggungjawab meluluskan permohonan
pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju
mengintegrasikan ciri-ciri
penggalak kepada cara hidup Islam di
dalam reka bentuk projek-projek
perumahan.

(viii) Perlu disedari bahawa perumahan
bercirikan Islam tidak hanya
patut dinilai dari segi reka bentuk
tetapi sumber kewangan yang
memajukannya juga mestilah bebas dari
unsur-unsur yang diharamkan oleh
Islam. Contohnya sebuah projek perumahan
yang dibiayai oleh bank yang
melibatkan riba’ tidak boleh
diklasifikasikan sebagai perumahan yang
bercirikan Islam walaupun dari segi
ciri-ciri reka bentuk ianya memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan.

(ix) Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w
tentang mengasingkan tempat
tidur kanak-kanak lelaki dan perempan,
rumah tiga bilik ini adalah satu
keperluan kepada rakyat. Dengan itu
sekiranya rakyat tidak mampu akibat
dari kenaikan kos maka menjadi
tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk
memastikan rakyat boleh mampu sama ada
dengan memberi subsidi kepada kos
pembinaan seperti mengurangkan atau
memberi pelepasan untuk cukai-cukai
keatas pelbagai bahan binaan yang
digunakan, memanjangkan jangkamasa
pembayaran balik dan sebagainya.

Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih
kepada konsep perumahan yang
ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada
Islam itu adalah universal dan
boleh dimanfaatkan untuk semua bangsa.

Artikel di atas adalah hasil
perbincangan meja bulat bertajuk "Konsep
Perumahan Yang Bercirikan Islam
Menyeluruh" pada program Wacana
Perumahan Islam yang diadakan baru-baru ini.

Oleh ISKANDAR ABDUL SAMAD

2. Adab Berpindah Ke Rumah Baru

oleh Ustaz Mohd Murat Md Aris
Pegawai Perhubungan Awam MUIS

SETIAP kita akan berasa ghairah, gembira
dan bersyukur apabila berpindah
ke rumah baru. Berbagai persiapan
dibuat, terutama sekali di dalam
mengubah-elok rumah agar ia kelihatan
luas, selesa, kemas dan cantik di
pandang - dalam erti kata lain, mahu
rumahnya indah bagaikan ‘istana’!

Dalam pandangan Islam, ia bukanlah satu
perkara yang bersalahan bagi
seseorang itu memiliki rumah yang besar
dan cantik, asal saja
perbelanjaan untuk menghiasinya tidak
berlebihan sehingga kepada
peringkat melampau atau membazir.
Soalnya, apakah ciri-ciri yang harus
diberi pertimbangan?

Sebagai orang Islam, kita harus
sesuaikan setiap apa yang kita lakukan
supaya berlandaskan pada ajaran Islam.
Antara ciri-ciri yang boleh
diambil kira ialah:

* luas, bersih dan kemas
* terpelihara aurat si penghuni
(umpamanya kedudukan pintu bilik
tidur dan tandas)
* ruang tamu yang memisahkan di antara
lelaki dan wanita
* ruang belajar dan perpustakaan kecil
yang selesa, dan sebagainya

Sekiranya berpeluang untuk memilih unit
rumah yang akan dibeli, mungkin
beberapa faktor luaran dan dalaman lain
boleh diambil kira, termasuklah
di antaranya:

* kedudukan bilik-bilik di bahagian
dalam rumah tidak terdedah depada
penglihatan orang yang lalu lalang di
luar, terutama sekali tingkap
bilik dan dapur
* usahakan, jika boleh, agar dapat jiran
yang mententeramkan,
sebagaimana sepotong kata-kata hikmat
yang masyhur di kalangan
kita: "Lihatlah dahulu siapakah yang
bakal menjadi jiran sebelum
memilih rumah".

Ketika berpindah rumah pula, ramai di
antara kita yang mungkin tidak
tahu apakah ynag baik dilakukan ketika
mereka pertama kali memasuki
rumah tersebut.

Berbagai cara yang dilakukan oleh
masyarakat Islam kita. Ada yang terus
mendiami rumah itu dan kemudian
mengadakan jamuan dengan membaca doa
selamat. Ada yang menkhatam Quran
(membaca seluruh Al-Quran secara
bergilir). Ada pula yang mengadakan
‘house warming’. Tulisan ayat
Al-Quran juga biasa digantung di pintu
dan dinding rumah.

Terdapat juga segilintir masyarakat kita
yang masih mengamalkan adat
lama dengan mengadakan upacara ‘menyemah
rumah’ yang kadangkala tidak
sesuai dengan ajaran agama. Ada yang
meletakkan sesuatu barang atau
‘tangkal’ di atas pintu rumah. Misalnya
daun-daun berduri, belangkas
atau kuda laut.

Antara perkara yang sepatutnya
diamalkan, sesuai dengan ajaran agama dan
sunnah Rasulullah saw, apabila memasuki
rumah baru, termasuklah:

* Azan Para ulama berpandangan bahawa
adalah baik bagi kita
melaungkan azan ketika pertama kali
memasuki rumah baru. Ia juga
baik bagi rumah yang telah lama
ditinggalkan dan tidak dihuni oleh
sesiapa; ada yang berpendapat sekiranya
ia dikosongkan lebih
daripada empat puluh hari; ada pula yang
berpandangan sekiranya ia
di kosongkan lebih daripada lima belah hari.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw
pernah memberitahu bahawa sekiranya
sesebuah rumah itu terlalu lama
dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang
dikenali dengan Al-’Ammar) yang
suka tinggal di rumah yang tidak
berpenghuni. Dalam hadis yang lain
pula, Baginda saw bersabda yang
maksudnya: "Ketika azan dilaungkan,
syaitan akan melarikan diri……"

* Membaca Surah Al-Baqarah sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda
yang maksudnya: "Jangan la
kamu jadikan rumahmu seperti kubur
(hanya untuk tidur),
sesungguhnya syaitan akan lari dari
rumah yang dibacakan Surah
Al-Baqarah".

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw
juga menggalakkan agar:

* Memperbanyak salat dan membaca
Al-Quran di dalam rumah Baginda
bersabda yang bermaksud "Sinarilah
rumahmu dengan memperbanyak
salat dan membaca Al-Quran"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Sedapat mungkin, digalakkan juga agar
dilaungkan azan pada setiap waktu
salat dan bersalat jemaah.

2. Doa Memagar Rumah

Sebagai orang Islam, kita juga
digalakkan beradab ketika memasukki
rumah, tidak kira sama ada rumah yang
kita duduki itu rumah yang baru
atau rumah lama dengan berdoa memohon
perlindungan dari Allah swt. untuk
dijauhkan daripada gangguan yang tidak
elok seperti gangguan syaitan
mahupun sihir.

Diharap sisipan di atas boleh memberikan
sesuatu yang baik kepada kita,
insyaallah.

Wassalam

-Cinta-

July 9th, 2007 by gray-luph-dolphin

Aku telah menemukan sebuah waktu dimana aku dapat merasakan sebuah kebahagiaan.

Kebahagiaan yang dapat memberikanku sebuah senyuman manis tuk mengerti bagaimana cara menemukan cara lain untuk mencintai seseorang yang bukanlah milikku.

Aku juga mengerti bagaimana aku dapat bertenggang rasa dengan hatiku agar tak selalu menguras bak airmata, yang tak henti meluncur dari air terjun kesedihan yang membanjiri kemurnian cinta dan mengotorinya.

Dan semua itu, berawal dari bagaimana aku dapat menjaga kesucian dan kemurnian cinta itu sendiri.

Aku sudah mulai menimba air dari sumur harapan yang tak harus kucapai.

jadi, Berhentilah meluncurkan air terjun kesedihan. karena itu tak sama sekali indah…

-About my Sadness-

July 9th, 2007 by gray-luph-dolphin
  • Jika Hujan adalah cerminan dari kesedihan
    Maka aku menangis sebagaimana tetes demi
    tetes hujan itu jatuh ketanah

    Jika cahaya matahari itu adalah cerminan
    dari keceriaan
    maka, aku akan menebarkan cahaya
    kebahagiaanku kepada seluruh alam

    Namun jika, hujan dan senyum dari matahari itu tak ada
    maka aku akan berlari seperti angin
    dan menjauhkan diriku dari segala
    hal yang membawaku kepada hujan dan sinar mathari yang begitu indah….